StoryABnormalMeFanficsThanksBuddyz


The ABnormal Guy


HEYYA. I'm Syafiq :) Im 16 this year. SPM candidate (victim) next year. Im a ABnormal so be careful XD welcome to my blog! -hug visitors-

Have A Talk






Good Bye Memories #Part 1
Selasa, 22 November 2011 | 0 comments




Note: Cerita ni asli ditulis. Horlicks cuma salin je. Trimas for reading especially Aina. Tutup dulu lagu blog Horlicks and then baru baca. Baru ada feel <3 Lagu tu Horlicks tambah bg ada perasaan :3

Minwoo POV

Aku berlari dengan sekuat hati. Jiyoon mesti dah sampai, getus hatiku. Aku mencelah-celah didalam kesesakan orang ramai. Kenapa time ni jugak airport ni nak sesak? Takde masa lain ke?, rungutku. Setelah sampai di depan balai ketibaan, aku tertunduk mengambil nafas. Terbongkok-bongkok aku di situ. Aku hampa. Orang yang aku cari tiada di situ. Mau saja aku melutut lalu menjerit sekuat hati. Aku mengeluh lemah. Memang salah aku. Aku yang lambat.

Jiyoon POV

"Mana Minwoo, ni..?" aku mengomel sendirian. Sudah setengah jam aku berdiri di hadapan kafe ini. Agak-agaknya dia tengah tunggu aku dekat balai ketibaan kot?, hatiku gelisah. 

"Apalah aku ni! Baik aku pergi balai ketibaan sekarang!" aku mengetuk perlahan kepalaku. Dengan segera aku berlari ke arah balai ketibaan. Memang salah aku sebab tak makan masa transit tadi. Akibatnya,
berkeronconglah perut aku yang kempis ni. Aku mempercepatkan lagi larian. Tiba-tiba.. "Aduh!"


Minwoo POV

"Aduh!" gadis di hadapan aku ini terjatuh. Aku mengurut dahi yang sakit. Keras betul kepala minah ni!, rungutku.

"Oi! Jalan ikut sedap kaki je!" tempik gadis tersebut. Eh? Aku pulak? Dia yang lari tak tentu pasal! Tapi.. suara tu..

"Sorry lah, cik." aku mengalah. Tidak mahu menunjukkan ego. Apa kelas bergaduh dengan perempuan?

"Huh! Sorry? Kau ni.!" Gadis itu mendongak. Aku terkejut. Gadis itu melopong. "Jiyoon!" teriakku gembira. Ingin saja aku memeluk gadis yang berada di hadapanku sekarang. "Minwoo!" Jiyoon tersenyum. Aku membantunya bangun.

"Weh, minah! Kau tau tak kepala kau tu keras?" rungutku sambil mengusap dahi yang masih terasa sakit.

"Sorry sikit la. Kepala aku tak besar macam kau." dia menunjal bahuku. Masih tak berubah rupanya kau ni, Jiyoon.

"Eleh.. pakai sikit punya feminine.. tapi perangai.." aku sengaja berhenti di situ. Aku lihat Jiyoon sudah mengetap bibir.

"Isyhhhh.. kau ni puji ke kutuk? Aku tau la aku hot pakai mcm ni. Eh, dah lah! Tunjukkan aku tandas dekat mana. Aku nk salin baju ahh." Jiyoon kembali menjinjit begnya. 

Aku kehairanan. Dah cantik -cantik pakai mini dress nak tukar? Aku agak terkejut bila mengetahui orang yang aku langgar itu ialah Jiyoon kerana dia memakai mini dress berwarna hijau yang sangat comel. Ingatkan berlanggar dengan artis!

"Dah cantik macam ni nak tukar?" tanyaku. Jiyoon mencerlung memandangku.

"Aku tau la kau seronok tengok aku jatuh tadi. Terselak, kan? Kau suka tengok, kan?" Jiyoon serkap jarang. Aku membuat muka terkejut.

"Oi, mana ada!" nafiku. Jiyoon ketawa. 

"Eeee.. dah la! Aku rimas ni! Cepat la! Mana toilet? Aku pakai ni semata-mata nak senangkan mata mak aku je. Realitinya, aku tak suka pakai macam ni. Kau pun tau aku mcm mana, kan?" Jiyoon merangkul bahuku. Aku agak terkejut.

"Urgh.. jom la!" aku meleraikan rangkulannya lalu mendahului di hadapan.

#Part 2 will continue if I rajin. XD


Older Post | Newer Post