StoryABnormalMeFanficsThanksBuddyz


The ABnormal Guy


HEYYA. I'm Syafiq :) Im 16 this year. SPM candidate (victim) next year. Im a ABnormal so be careful XD welcome to my blog! -hug visitors-

Have A Talk






Good Bye Memories #Part 3
Selasa, 22 November 2011 | 0 comments




Youngmin's Flashback

"Penipu! Semua perempuan menipu! Aku benci!!!!!" aku menjerit sepuas-puasnya. PPRANG! Habis bersepai kaca di lantai. Aku terduduk lesu dan cuba menenangkan diri. Bayangan omma dan lelaki itu kembali bermain di layar fikiran. Aku menangis. Pintu dikuak.

"Youngmin...."

"Keluar! Keluar! Aku taknak tengok muka kau! Keluar!" aku mencapai buku di atas meja berdekatan lalu membalingnya ke arah Amber di muka pintu. Amber menahan mukanya dari mengenai balingan buku tadi.

"Hoi! Kenapa dengan kau?! Aku nak pujuk kau, okay?! Kau ingat aku suka sangat ke bapak aku kahwin dengan mak kau! Aku pun taknak la, weh! Mak kau tu yang menggedik cari ayah aku, la!" jerit Amber lalu menghempaskan pintu bilikku sekuat hati. 

Aku hanya diam. Air mata deras mengalir. "Tak! Tak mungkin! Omma takboleh kahwin dgn jantan tu! Tak!!!!" jeritku sekuat hati.

Amber POV (Flashback)

"Tak! Tak mungkin! Omma takboleh kahwin dgn jantan tu! Tak!!!!" suara Youngmin mengejutkan aku. Aku mendengus kasar. Dengan segera aku turun ke bawah setelah tidak berjaya memujuk Youngmin. Keras hati betul dia tu, rungutku di dalam hati. Aku menuruni tangga ke ruang tamu. Dengan segera Puan.Jo mendapatkan aku.

"Amber-ah.. macam mana? Youngmin dah okay?" tanya wanita 40-an itu. Aku hanya menggeleng acuh tak acuh. Tidak senang berkomunikasi dengan 'bakal' ibu tiriku ini. Ayahku yang setia berdiri di sebelahnya hanya mengeluh.

"Biar saya yang pergi pujuk," ayahku sudah bergerak ke arah tangga. Aku cemas.

"Appa!" panggilku. Ayahku menoleh. "Tak payahlah pujuk lagi. Orang keras hati macam tu takpayah pujuk pujuk la!" rengekku. Sakit hati melihat ayah terlalu mengambil perhatian kepada Youngmin. 

Ayahku tidak mengendah. Diteruskan langkahnya menaiki tangga. Aku mengekori. Sampai sahaja di hadapan bilik Youngmin, ayahku mengetuk pintu.

"Tok, Tok, Tok! Youngmin~ Pakcik ni, nak.. Bukak la pintu." pujuk ayahku lembut. Senyap. Tiada balasan dari Youngmin. Ayahku memandangku cemas. Aku hanya membuat muka tak ambil kisah. Ayahku memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Kami berdua terus sahaja masuk.

"Youngmin!" aku dan ayah terkejut.

Apa yang terjadi kat Youngmin? #Part 4 coming soon :3




Older Post | Newer Post