StoryABnormalMeFanficsThanksBuddyz


The ABnormal Guy


HEYYA. I'm Syafiq :) Im 16 this year. SPM candidate (victim) next year. Im a ABnormal so be careful XD welcome to my blog! -hug visitors-

Have A Talk






Good Bye Memories #Part 2
Selasa, 22 November 2011 | 0 comments




Minwoo POV

Aku melihat jam tangan. Lambatnya! Apa yang dia buat dekat dalam tu?, aku membebel seorang diri. Pasti Jiyoon sekarang sedang berusaha untuk menanggalkan make-up yg melekat dimuka. Jiyoon, mini dress, make-up, jangan sekali-kali digabung. Kalau tidak, terhasillah satu pemandangan yang ngeri dan tak dapat dilupakan oleh mata manusia. Aku mengeluh. Menjenguk ke pintu tandas wanita. Tiada tanda-tanda orang akan keluar. Aku sudah tidak sabar. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada orang. Bagus! Aku berjengket-jengket ke arah pintu tandas wanita. 

"Weh, Jiyoon! Kau buat apa lama-lama dalam tu?!" bisikku keras. Harap-harap dia dengar. Pintu tandas yang agak tebal itu mungkim mustahil untuk membenarkan suara aku masuk.

"Kejap la, weh! Contact lense ni susah nak tanggal!" laung Jiyoon dari dalam. Aku menepuk dahi. Buat apalah susah-susah aku bisik kalau dia selamba je menjerit?, aku tersenyum sendiri mengenang kebodohanku itu.

"Kau pakai contact lense?" tanyaku hairan. Kedengaran suara Jiyoon sedang mengeluh.

"Kau lupa, ke? Aku rabun, lah! Auch!"



Jiyoon POV

"Auch!" aku mengaduh kesakitan. Aku menggesek mataku berkali-kali. Nampaknya kanta lekapku masih belum keluar. Aku mengibas-mengibas tangan di hadapan mata. Pedih! 

"Weh! Kau okay, ke?!" kedengaran suara Minwoo dari luar. Cis! Tanya aku okay ke tak, tolonglah aku! Oh, aku lupa. Aku dalam tandas wanita sekarang, aku mengeluh.

Pintu terbuka. Aku berpaling lalu dengan serta-merta aku melopong. Membutang mataku melihat Minwoo masuk lalu mendekatiku. 

"Kau ni kenapa? Meh sini aku tengok!" Minwoo mendekatkan wajahnya ke arah mukaku. Aku terpempan.

"Oi! Selamba je kau masuk! Kalau ada org lain masuk macam mana?!" aku menolak kasar dada Minwoo. Dia terdorong ke belakang. Mukaku sudah mula panas. Malu ke?

"Contact lense kau taknak keluar tu! Nanti contact tu rosak, mata kau sekali rosak. Nak?" ugut Minwoo. Aku terdiam seketika. Ada benarnya kata-kata Minwoo tadi. Aku dengan rela hatinya mendekati Minwoo.

"Nah. Cepatlah keluarkan." aku menyuakan mukaku kearahnya. Rasa malu sangatlah menebal waktu itu!

"Isyh kau ni.. sebelah senang je kau keluarkan." rungut Minwoo. Dengan perlahan-lahan dia menarik kanta lekap yang berada didalam mataku. Aku lega.

"Thanks la, weh." aku menenyeh mata. "Kenapa masih pedih, ni?!" rungutku. Minwoo menangkap tanganku yang sedang ligat menenyeh mata.

"Mata kau merah la." jawab Minwoo. Dia meniup mataku dengan lembut. Aku cuba mengerdipkan mata beberapa kali. Lega. Mataku kembali terang.

"Thanks again." aku berjalan ke arah sinki lalu mencapai cermin mataku. Setelah siap berkemas, aku dan Minwoo beredar. Tapi sungguh malang...



Minwoo POV

"Apa yang kamu berdua buat dalam ni?" aku dan Jiyoon yang baru sahaja membuka pintu untuk keluar terkejut. Ada seorang makcik pencuci tandas sedang berdiri di hadapan kami. "Hei! Makcik tanya ni! Jawab!" makcik itu bertempik garang.

"Errr.. saya... sa..." Belum sempat aku menghabiskan ayat itu, Jiyoon menarik tanganku lalu berlari dari situ. Makcik tadi terjerit-jerit memanggil kami.

"Hey budak-budak! Datang sini balik!" jerit makcik itu sambil mengangkat mop yang dipegangnya. Aku dan Jiyoon tetap berlari. Drama kami tadi diperhatikan oleh orang ramai. Malunya rasa!

Setelah keluar dari airport, aku dan Jiyoon berhenti berlari. Tercungap-cungap aku. Jiyoon membongkok-bongkok mengambil nafas.

"He...he..hebat jugak kau lari tadi." tersekat-sekat aku bercakap.

"Dah tau tak cukup nafas tu jangan cakap. Kalau kau pengsan aku tak nak angkut kau balik." seloroh Jiyoon. Aku hanya tersenyum. Jiyoon memang tak pernah berubah. Jiyoon.. Jiyoon..

Tergantung, kan? Horlicks taktau. Horlicks ikut dlm salinan ._.

Older Post | Newer Post