Good Bye Memories #Part 4
Rabu, 23 November 2011 | 0 comments
Youngmin POV (Flashback)
BAMMM! Bunyi pintu dihempas kuat tidak aku pedulikan. Aku langsung tidak ambil kisah tentang 'bakal' adik tiri aku itu. Amber. Yeah. Dia bakal adik tiri aku tapi malangnya, kami sebaya! Aku merenung serpihan kaca di lantai. Perlahan-lahan aku bergerak ke arah kaca-kaca tersebut. Aku mencapai sepotong kaca lalu dengan perlahan-lahan....
Amber POV(Flashback)
"Youngmin!" teriak ayahku. Aku terkejut melihat Youngmin sudah terbaring di atas lantai. Tangannya berlumuran darah. "What?! Dia ni dah gila, ke?!" aku bertempik tidak percaya. Ayahku bergegas masuk lalu mendapatkan Youngmin yang sudah terbaring di atas lantai dengan muka pucat.
"Amber! Tolonglah appa angkat Youngmin!" panggil ayahku yang sudahpun memapah Youngmin. Aku yang kaku di muka pintu mendapatkan ayahku. Serious, dia ni pelik, getus hatiku.
Aku dan ayah bergegas membawa Youngmin ke hospital. Sepanjang berada di dalam kereta, aku hanya memandang mukanya. Kenapa dia sampai sanggup nak bunuh diri?, tanyaku pada diri sendiri.
SREEEETTTTT!
Aku terdorong ke hadapan. Ayahku berhenti mengejut. "Kenapa ni, appa?" tanyaku. Posisi Youngmin aku betulkan.
"Ahh, appa tak tahu. Appa mengelamun." jawab ayahku lalu meneruskan perjalanan. Nasib kami agak baik kerana hospital agak dekat. Sampai sahaja di hospital, ayah memapah Youngmin keluar lalu dia dibaringkan di atas stretcher. Aku hanya menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba sesuatu menarik perhatianku. Aku membongkok mengambil satu gulungan kertas yang terkena tompokan darah lalu membukanya.
Anakku, Youngmin...
Ayah minta maaf sangat-sangat. Ayah.. ayah bukannya sengaja tinggalkan kamu dengan mak. Ayah.. buat ni semua untuk kebahagiaan mak kamu. Dia tak cintakan ayah. Dia cintakan Pakcik Jongguk. Ayah harap.. Youngmin boleh hidup dengan omma. Youngmin simpan elok-elok surat ni. Harap-harap, bila Youngmin dah dewasa, Youngmin akan sentiasa ingat ayah. Sentiasa ingat kenangan indah kita. Ayah seronok tengok Youngmin membesar. Youngmin cerdik. Baiklah, Youngmin. Setakat itu yang ayah nak cakap. Jaga diri dan jaga omma kamu baik baik. Hormati Pakcik Jongguk.
Aku melipat surat itu dengan berhati-hati. Terasa aliran air mata mengalir di pipi. "Kesian Youngmin. Rupanya.. ayah aku yang menyebabkan keluarga dia berpecah. Mianhae...Youngmin" aku mengesat air mata lalu keluar dari kereta.
Youngmin POV (End Of Flashback)
Hospital Song Hwa.
"Appa! Appa! Youngmin nak tinggal dengan appa!" Youngmin memeluk kaki ayahnya. Tuan Jo hanya memandang sayu. Dia menoleh. Kelihatan isterinya sedang memandang hiba. Dia melutut lalu mendukung anak lelaki tunggalnya.
"Youngmin tak boleh tinggal dengan appa. Youngmin kena tinggal dengan omma," Tuan Jo mengesat air mata Youngmin dengan penuh kasih sayang.
"Taknak! Omma marah Youngmin!" bentak Youngmin. Tuan Jo memandang isterinya.
"Dengar tu? Awak jangan selalu marahkan Youngmin. Saya tak suka dan dia tak suka. Walau apa yang terjadi, dia anak saya." Tuan Jo berkata kepada isterinya. Puan Jo hanya tunduk.
"Appa! Youngmin nak ikut appa!" Youngmin memeluk erat leher ayahnya. Tuan Jo hanya tersenyum hambar. Dia menurunkan anaknya itu.
"Youngmin boleh ikut papa dengan syarat." Tuan Jo memujuk.
"Apa?" tanya Youngmin yang sudah mula reda tangisannya.
"Youngmin duduk dengan omma dulu. Nanti appa datang. okay?" Tuan Jo mengeluarkan jari kelingkingnya lalu disambut dengan jari kelingking comel Youngmin.
"Janji?" tanya Youngmin. Tuan Jo mengangguk. "Sayang appa!" Youngmin teruja.
____________________________________________________________________
Youngmin? Youngmin...
Kedengaran seseorang memanggil namaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Mimpi indah bersama ayah hilang serta merta.
"S..saa..saya dekat mana ni?" aku bertanya kepada seseorang di situ, Dia berpakaian lengkap doktor. Aku dekat hospital?, tekaku.
"Awak dekat hospital. Pergelangan tangan awak cedera." sedaya upaya Dr.Kim tidak menyebut perkataan 'bunuh diri'. Aku mengeluh.
"Tak payahlah doktor sembunyi. Saya yang nak bunuh diri." balasku malas. Aku lihat riak wajah Dr.Kim berubah.
"Siapa yang bawak saya datang sini?" tanyaku.
"Errr.. ayah awak." balas Dr.Kim
"Ayah?" aku kehairanan.
WAHHH. sedihnya. #Part 5 coming soon