StoryABnormalMeFanficsThanksBuddyz


The ABnormal Guy


HEYYA. I'm Syafiq :) Im 16 this year. SPM candidate (victim) next year. Im a ABnormal so be careful XD welcome to my blog! -hug visitors-

Have A Talk






Good Bye Memories #Part 5
Rabu, 23 November 2011 | 0 comments





Minwoo POV

KRINGGGGGG! KRING!!! Jam locengku berbunyi. "Oiiiii, senyaplah!" aku menyebal. Time orang tengah sedap tidurlah dia nak bunyi!, rungutku. Aku tidur agak lewat semalam kerana menemani Jiyoon bersiar-siar di bandar. Maklumlah, baru balik dari Amerika, semua tempat dia nak pergi.

Minwoo's Flashback
"Jiyoon, dah dah la tu. Aku mengantuk gila ni!" rungutku. Sesungguhnya Jiyoon sangatlah hyper waktu itu. Semua tempat hendak dikunjunginya,

" Rilekslah, Minwoo. Aku tak puas lagi main ni!" balas Jiyoon teruja. Dia kembali menumpukan perhatian kepada mesin anak patung di hadapannya.

Aku hanya mengeluh. Kalau dapat takpe. Ni dah berapa kali aku kena ulang alik pergi beli token untuk dia. Mentang-mentanglah ada duit dollar, memang beribu kau dapat kalau tukar kat sini, rungutku dalam hati. Aku bersandar di dinding mesin tersebut sambil mengeluh.

"Hoi! Janganlah goyang! tengok dah terlepas." Jiyoon membuat muka masam. Aku membuat muka tidak ambil kisah. Jiyoon mulai merasa bosan dengan permainan anak patung itu. 

"Weh, Minwoo. Jom pergi Karaoke Box." ajak Jiyoon sambil tersengih.

"Karaoke Box?! weh, aku dah penat." rungutku.

"Ala.. kau kan suka nyanyi ni.. aku belanja kau. Jom la." Jiyoon mengerdipkan matanya banyak kali.

"Ingat comel sangat ke?" usikku. Jiyoon mencebik.

"Nak teman tak? Kalau taknak.. aku pergi sendiri la!" Jiyoon berpaling dengan angkuh lalu meninggalkan aku di situ. Aku mengeluh.

"Tengok abang tu. Makwe dia merajuk dengan dia la.." 

Spontan aku menoleh. Dua orang kanak-kanak perempuan sedang memerhatikan aku sambil ketawa kecil. Malunya rasa! Aku dengan segera mengekori Jiyoon.

"Eh? Cakap penat?" sindir Jiyoon apabila melihat aku sudah berjalan beriringan dengannya. 

"Diam ah." balasku lalu mendahului Jiyoon. Dia hanya ketawa.

Minwoo POV (End Of Flashback)

GEDEBUKK!

"Adoiiihh!" aku jatuh mencium lantai. Aku mengusap kepala yang sakit sambil melihat sekeliling. "Apehal cerah sangat, ni?" aku meraba-raba mencari jam loceng.

"W...What?! Dah pukul 8 setengah?!" Spontan aku menjerit. Dengan segera aku melompat mengambil tuala lalu bergegas memasuki bilik air. 

Jiyoon POV

"Adoyaii, mana Minwoo ni?" rungutku. Pagar sekolah sudah ditutup 30 minit yang lepas. Sah-sah la kena tunggu dekat luar pagar ni. Kalau masuk pun apa yang aku tahu? Sudahlah pakai T-shirt dan skinny jeans. Aku mengeluh. Budak Minwoo ni memang nak kena. Dia sampai nanti aku tendang cukup-cukup, aku mengepal penumbuk. Aku melihat sekeliling. Aku ternampak kelibat Minwoo sedang berlari ke arah ku. Aku tersenyum

"Woi! Cepatlahhh!" laungku. Sebaik sahaja Minwoo sampai, dia terus tersengih. Gila apa dia ni? Datang terus sengih, kutukku di dalam hati.

"Sorry lambat." dia menggaru kepalanya. Bibir bawah aku gigit. Geram! 

"Yang kau selekeh sangat ni, kenapa? Tali pinggang tak kemas, baju masuk tak betul, tali leher longgar.. baju pun tak butang betul?! Rambut dah la tak sikat. Sekali tengok macam orang sakit jiwa!" bebelku panjang. Aku menahan gelak apabila melihat muka sedih Minwoo.

"Aku bangun lambat ahh. Kau la ni! Aku cakap aku ngantuk kau tak percaya!" dia memarahi aku. aku hanya membuat muka tak ambil kisah. "So?" 

"Aduihhh. Yang kau ni, kenapa pakai T-shirt? Skinny jeans? Cap?" Minwoo hairan. Dia memandang aku dari atas ke bawah. Aku menggeleng.

"Kau lupa, ke? Aku pelajar baru. Uniform pun aku tak dapat lagi. Kau pulak datang lambat. Memang kita tak boleh masuk la,  kan?" sindirku lalu pergi ke arah pagar sekolah. Tingginya pagar ni.... aku menelan liur. Kalau dulu dekat Amerika, boleh jugak aku panjat. aku memegang besi pagar tersebut.

"Minwoo." aku memanggil Minwoo yang sedang membetulkan pakaiannya.

"Apa?" dia memandangku hairan.

"Kau berani panjat?" tanyaku sambil tersenyum. Wajah Minwoo bertukar cuak.

"Kau gila, ke?!" dia separuh menjerit. Aku menepuk dahi. Slownya budak Minwoo, ni, kutukku di dalam hati.

"Bukan pagar ni, lahh. Kalau pagar ni, aku pun tak berani panjat! Tu ha! Dinding sebelah tu." aku menjuihkan bibir ke arah tembok simen di tepi pagar agam itu. Minwoo turut memandang. Dia menelan liur.

"Berani, tak?" aku mengulangi pertanyaan tadi. Minwoo masih teragak-agak. Dia memandang aku dengan perasaan serba salah. Aku mengeluh.

Minwoo POV
"Berani tak?"

Pertanyaan Jiyoon itu membuatkan aku boleh jadi gila! Dia nak suruh aku panjat dinding lepas tu ceroboh masuk sekolah?! Oh no no no. Aku ketua pelajar. Mana boleh buat macam tu!

"Errr, Jiyoon, aku..."

"Ala.. tak berani tu cakap je la tak berani." Jiyoon terus meninggalkan aku lalu pergi ke arah tembok itu. Aku mengeluh. Terpaksa. Aku mengekori Jiyoon.

"Habislah aku. Kalau cikgu tahu aku buat benda ni memang mati la." rungutku. Jiyoon memandangku hairan.

"Apesal pulak?" dia bertanya.

"Aku ketua pelajar, la!" balasku geram. Jiyoon terkejut.

"Laaa.. ye ke? Tapi.. best jugak kalau ketua pelajar buat gila sekali sekala. Hehe. Dah la. Angkat aku cepat! Aku nak panjat." arah Jiyoon. 

"Eh? Suka hati je. Nanti siapa nak tolong aku pulak?" aku tidak berpuas hati. Mahunya nanti cikgu disiplin ronda dekat luar tengok aku terkial-kial panjat dinding, memang habis riwayat aku.

"Kau ni lelaki ke? Aduhh.. takkan tak reti panjat dinding sendiri?" Jiyoon sudah mula memegang atas dinding. "Cepatlah!" arah Jiyoon. Aku mengeluh.

Aku memegang kakinya lalu cuba untuk mengangkat tetapi gagal. "Weh, kau berat ah!" aku mengurut tangan yang sakit. 

"Kau angkat kaki memang la sakit!" Jiyoon menunjal kepalaku. 

"Dah tu?" soalku.

"Macam tak biasa. Sekolah rendah dulu kau yang selalu panjat dinding." Jiyoon kembali memegang atas dinding. Aku menahan malu.

Aku memeluk pinggul Jiyoon lalu mengangkatnya tetapi aku tidak dapat mengimbang badan.

"Ahhhhhh!!"


Woot~woottt. Apa yang jadi? #Part 6 coming soon :3

What A Shit Day


model sedih kita ialah abe Sunggyu


OHHHAAAAII <//3

Im heartbreaking </3 wanna know whaiii? My mom said that.. today we'll go to Lotte World but my mom break her promise << OHSHIT broken English! ._______. I want to go there! I want ride this Atlatis Adventure ._. OHMOMMMM, i want to go there just once! ONCE! ONCE! ._. im sulking with my mom. We'll go back to Malaysia tonight. I think I've no mood to post the fanfics. .______. its part 5 already, rite? i have another 65 part to post .____. All the human in RPMB are not in mood ._.accept for Eiyka Sullen . She's sooooooooo in mooooooooooood. >____________< Im pity for Aina Jiyoon because... aishhhiiuuu just read her blog ._. ahhh, i want to post fanfics. i want to treat my broken heart < novel sentences ._. byebye.

I've change my blog song. OH CAN YOU SMILE? </3

Older Post